<body>
kidnapmyheart
8 Letters 3 Words 1 Meaning..I Love You.
I Am..
Regina Ong
Regina Ong's Profile
Regina Ong's Facebook profile
Create Your Badge

*My Photo Albums


She says ::

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Affiliates

Amanda
Benard
BenLey
Careen
Caren
Delvc
Emery
Eric
Fibiee
Gladys
Jade
Jadelisha
Jas
Jason
Joann
Kerrine
Lurker
Lurker's Smugmug
Loveen
MelYong
MissyKylie
My Old Blogspot
SIS-Andrea
SIS-Charissa
Sarah
The Chronicles of Nadia
The Funny Jap Annie
Tzia Tzia
Vicky
Victor

Tagboard



Memories
Those Flashbacks
November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 January 2011 October 2011 April 2012 November 2012
Listen to This

MusicPlaylistView Profile
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com

Sunday, October 5, 200811:18 PM
I was cleaning out my cupboard because it was OVERFLOWING with books, papers and what-not. Guess what I FOUND?? O-m-g. Treasure I tell you.
I FOUND My old karangan (Bahasa Melayu essay). I remembered that I was quite good in my BM essay with my profound words and all. But reading back, I can't imagine, how I could even write a karangan anymore...as in..now. It's been like...3 years since I wrote a karangan. The last time was for SPM. har-har.
So anyway, I have decided to type out my whole Karangan to immortalize it. nyahahahaha. X)

Be prepared.
This is a "Syarahan" with the title "Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Masalah Remaja"
--------------------------------------------------------------------
NAMA : Regina Ong See Mun
KELAS : 4 Efisien

Selamat pagi and selamat sejahtera ingin saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Masalah Remaja."

Hadirin yang dihormati sekalian,
Seperti yang kita sedia maklum, masalah remaja di negara kita ini semakin meruncing dan membimbangkan. Dalam menempuk era kemajuan pada masi kini, remaja kian terdedah kepada pelbagai perkara yang membawa kepada masalah social dan sebagainya. Persekitaran yang dilalui oleh remaja zaman ini jauh berbeza sekali berbanding dengan remaja zaman dahulu. Remaja hari ini menempuh suatu era perkembangan teknologi yang pesat dan perubahan cara hidup moden. Jika tidak dikawal oleh ibu bapa, remaja yang tidak kuat benteng pendirian dan keimanannya mudah terjebak dalam pelbagai gejala social. Oleh itu, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam mengawasi kegiatan anak-anak agar tidak tergelincir ke jalan yang salah.

Antara tajuk utama media massa seperti majalah dan akhbar serta media electronik seperti radio, televesyen, dan internet ialah masalah keruntuhan moral di kalangan para remaja. Belum reda isu tentang budaya melepak, merokok, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, negara dikejutkan pula oleh isu "Black Metal" yang entah dari mana-mana wujudnya. Persoaloan yang bermain di fikiran kita ialah bagaimana golongan muda seperti mereka dapat terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti yang disebutkan? Di manakah letaknya peranan ibu bapa dalam kes-kes sebegini?

Sidang hadirin sekalian,
Remaja masa kini dikatakan banyak mengalami tekanan akibat masalah yang tidak dapat diselesaikan. Kebanyakan masalah ini melibatkan diri sendiri, keluarga, rakan, pelajaran, persekitaran kehidupan, dan sebagainya. Remaja mudah terpengaruh oleh gaya hidup dan amalan orang luar seperti artis-artis Barat dan Filem-filem luar negara kerana maklumat tentang kehidupan mereka amat mudah didapati daripada media massa. Malah, terdapat sebelingan remaja yang mengamalkan cara hidup bebas tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi pada masa depan. Lebih memburukkan keadaan, terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengubah cara kehidupan mengikut orang barat yang kononnya dikatakan selari dengan peredaran zaman sehingga menjejaskan pemikiran anak-anak untuk melihat kebenaran. Dalam situasi sebegini, remaja tidaklah dapat disalahkan sepenuhnya jika ibu bapa sendiri yang menunjukkan contoh yang kurang baik.

Hadirin yang dihormati,
Anak-anak diibaratkan seperti kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakannya. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak dengan baik dari segi ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Peranan mendidik bukanlah sesuatu yang mudah dimainkan kerana tidak semua anak mempunyai sikap yang sama. Namun, ibu bapa perlu bijak dalam meladeni perangai setiap anak. Hal ini dapat dilaksanakan dengan bantuan khidmat nasihat daripada pakar-pakar motivasi, selalu mendengar ceramah motivasi untuk memperbaiki kemahiran keibubapaan, dan sebagainya. Selain it, mereka dapat menjadi kawan kepada anak-anak supaya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat mereka. Ibu bapa perlu tegas tanpa menggunakan kekerasan kerana anak-anak biasanya lebih menghormati dan mendengar cakap ibu bapa yang berhikmah. Anak-anak perlu diberikan didikan agama sebagai benteng untuk menempuh kehidupan yang serba mencabar ini.

Walau bagaimanapun, ibu bapa juga perlu memberikan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka lebih mendengar kata. Janganlah menjadi seperti "ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul". Jika ibu bapa sendiri tidak dapat membuktikan bahawa mereka adalah serupa dengan apa-apa yang disampaikan kepada anak-anak, bagaimanakah mereka ingin mengharapkan anak-anak menjadi insan yang berguna? Hubungan komunikasi dua hala antara suami isteri juga perlu dijaga dengan baik supaya anak-anak tidak berasa tertekan ketika di rumah. Kelemahan dalam kemahiran komunikasi dan interaksi dalam keluarga menyebabkan wujudnya suasana gawat sesama ahli keluarga. Anak-anak remaja yang menjadi mangsa pula akan terbiar sehingga ada yang terbabit dalam gejala social yang serius.

Sidang hadirin sekalian,
Ibu bapa juga perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak. Kadang-kadang, ibu bapa terlalu sibuk mengejar harta benda, bagain "enau di belukar melepaskan pucuk masing-masing", sehingga tanggungjawab kepada anak-anak terabai. Anak-anak bukan sahaja harus dipenuhi keperluan material mereka, bahkan yang lebih penting ialah mereka mendapat perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa. Anak-anak yang menghadapi tekanan yang lebih hebat memerlukan orang yang dapat membimbing mereka memilih jalan yang baik sebagai rujukan. Justeru, perhatian dan kasih sayang yang seimbang daripada ibu bapa membolehkan remaja meluahkan perasaan. Perkembangan emosi remaja yang diawasi serta pemikiran yang belum cukup matang akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh oleh perlakuan rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi pendengar yang setia dan pembimbing yang baik supaya anak-anak tidak perlu mencari alternatif lain untuk menghilangkan tekanan yang memungkinkan mereka tersalah pilih jalan.

Di samping itu, ibu bapa perlulah berusaha agar keperluan fizikal anak-anak turut dipenuhi. Bagi yang kurang mampu, tidak perlulah memberikan kemewahan kepada anak-anak, tetapi cukuplah jika keperluan fizikal seperti pakaian, buku-buku pelajaran, dan sebagainya dipenuhi seadanya dan dijaga dengan rapi. Hal ini bagi memastikan anak-anak sentiasa berasa selesa di rumah dan tidak mencari tempat lain untuk mencari kehiburan.

Hadirin sekalian,
Akhir kata sebagai menutup syarahan saya pada hari ini, saya menyeru ibu bapa agar mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran mendidik anak-anak pada zaman ini. Jangan sampai ibu bapa terasing daripada kehidupan anak-anak sehingga mereka tidak tahu langsung tentang apa-apa yang berlaku dalam hidup anak remaja mereka. Sekian, terima kasih.

---------------------------------------------------------
*phew* Took me such a long time to type all that out! =.=

I can't believe I wrote such a long karangan..
Somehow I remembered, while I was writing this essay, the ideas kept coming in. It's not perfect but I think it's much better than what I can do now.

And..If you actually DID read through my extremely long karangan, you would've noticed that I had the tendency to include "peribahasa's" into it. Was a habit of mine to make it sound nicer (and also to try and impress the teacher that I know some peribahasa).. hahaha. I'm..a freaking..nerd.... Bite me.=Pp

Sigh, I miss high school so much.
back to the top